Segala Pertanyaan : k_az3@hotmail.com

Assalamualaikum ...

Berita baik untuk mereka yang hendak MENGUBAH KEHIDUPAN sendiri.

Untuk sebahagian orang, memulakan bisnes adalah sesuatu yang menakutkan. Ciri-cirinya apabila dia punya keinginan untuk hidup senang, tetapi tidak juga memulainya. Dia mengatakan akan memulai bisnes setelah ada modal. Bila modal dah dapat, bisnes tidak juga bermula dengan seribu macam alasan yang baru. Bayangan akan kehilangan wang muncul di dalam kepala kita, sehingga muncul niat membatalkan bisnes meski pun sudah memiliki modal. Dia mengatakan, saya akan memulakan bisnes jika sudah ini dan itu (banyak betul alasan).

Adakah anda juga termasuk orang seperti ini? Nak hidup senang tetapi tidak mahu berbuat sesuatu? OK, mari kita bahas bagaimana caranya agar kita tidak lagi takut, tetapi bukan nekad. Bukan hanya motivasi, tetapi ada strateginya agar tidak takut nak buat bisnes.

Tips 1 Memulakan Bisnes: Nyalakan Lampu
Biasanya salah satu penyebab kita takut adalah kegelapan. Mungkin waktu dulu kita masih kecil, kita akan ketakutan jika gelap atau masuk ke tempat yang gelap. Jangankan waktu masih kecil, bila sudah dewasa pun seharusnya memang takut kecuali kita sudah mengenal tempatnya. Tempat yang gelap memang berbahaya (bukan sahaja takut dgn hantu) tetapi biasanya ada jerat atau lubang yang boleh menghalang kita juga.

Kita akan lebih berani jika tempat tersebut ada cahaya. Jalannya terlihat, halangan terlihat, jerat terlihat dan lubang pun terlihat. Ketakutan kita berubah, bahkan akan hilang.

Begitu juga dalam bisnes. Banyak orang yang takut memulakan bisnes kerana dia masih “gelap” mentalitinya. Bagaimana kalau produk saya tidak laku? Bagaimana jika saya kena tipu? Bagaimana cara menjual produk.Bagaimana … bagaimana … dan seterusnya.

Nyalakan lampu, lampu itu tiada lain adalah ILMU. Ilmu boleh didapatkan dengan cara belajar, baik membaca buku, membaca ebook, mengikuti pelatihan, mengikuti seminar, menonton video dan  belajar dari pengalaman sendiri.

Anda akan rasakan, dunia bisnes akan terlihat lebih terang setelah anda mendapatkan ilmunya.

Justeru itu, kita mencari ilmu supaya kita boleh praktikkan dengan benar. Supaya ada cahaya saat kita akan masuk ke dalam kegelapan bisnes. Dengan ilmu, Insya- Allah kita akan lebih berani menjalankan bisnes. Kita akan memulakan bisnes tanpa takut, setidaknya dengan ketakutan yang berkurang.

Tips 2 Memulakan Bisnes: Carilah Teman
Pernahkan Anda meminta ditemani ibu anda saat ketakutan? Atau minta dihantar ke suatu tempat yang ditakuti? Begitu juga dalam memulakan bisnes. Jika Anda takut, carilah teman. Kata KH Zainuddin MZ, 1 orang takut ditambah 1 orang takut menjadi 2 orang agak berani. Apalagi, jika anda mengajak orang yang memang berani, akan membuatkan anda jd lebih berani. Terlebih, bukan hanya ditemani oleh orang yang berani, tetapi memiliki kemampuan untuk mengatasi semua hal yang ditakutkan, pastinya kita akan terbawa berani.

Jika Anda ingin memulakan bisnes tapi takut, Anda boleh mengajak orang lain. Boleh bekerja dgn orang yang sama-sama takut. Mengajak kerja dengan orang yang berani bisnes, bahkan mengajak orang yang berpengalaman dalam berbisnes. Jika tidak, anda boleh mencari pembimbing, iaitu orang yang sudah berjaya dan mahir dalam bisnes.

Dugaan, cubaan, cabaran dan kegagalan tu hanyalah sementara. Bila kita sudah berani, tak mustahil semuanya mampu kita tempuhi, walaupun kita terpaksa banyak berkorban.

Oleh itu, mantapkan jiwa anda, hebatkan minda anda dan tunggulah hasilnya....

Ini yang saya hendak dikongsikan bersama anda.

Bagaimana kehidupan anda boleh berubah dalam jangka masa yang ANDA INGINKAN !


















Buktinya.. ..















Hina besi kerana berkarat, hina manusia kerana melarat ..

Berubahlah demi masa depan anda..

BERMULALAH sekarang !

Isnin, 4 Mei 2009 di 8:33 PTG